Tuesday, November 2, 2010

Borang Penyertaan MKD 2010


Sila download dan cetak borang penyertaan. Right Klik pada imej dan save di PC anda.

Ataupun, anda boleh download file PDF di sini (ProgramMotivasi2010.pdf)


Borang juga boleh dihantar melalui emel kepada Sdr Asyraf ( encikkaripintar@gmail.com ) atau Puan Rokiah ( mkm1030@yahoo.co.uk )

*** Penting *** Sila hantar sebelum 21hb November





Program Motivasi Kenali Diri 2010


Assalamualaikum wrb,

PAS Cawangan Bukit Beruntung/Bukit Sentosa akan menganjurkan satu program sempena cuti sekolah Nov-Dis 2010. Program dibentuk khas untuk anak ahli PAS sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, termasuk bagi ahli di Taman Bunga Raya.

Program ini dinamakan Motivasi Kenali Diri dan akan diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Jalan Semarak, Bukit Sentosa pada Ahad, 28hb November 2010 mulai jam 8.00 pagi dan dijangkan berakhir pada jam 6.00 petang.

Rasional Program:
Untuk membimbing golongan kanak-kanak bagi meningkatkan kefahaman dan keyakinan sebagai seorang anak dan seorang muslim sebenar.
Objektif Program: a). Membimbing peserta untuk mengenali diri dan peranan sebagai seorang muslim dan daya kepimpinan. b). Meningkatkan keteguhan iman dan pegangan aqidah sebagai khalifah Allah. c). Melatih peserta memotivasi diri dengan tips-tips yang praktikal. d). Sebagai pendedahan ilmu untuk pemantapan diri.

Peserta sasaran adalah anak-anak ahli PAS (termasuk penyokong) yang berusia di antara 10 - 12 tahun sahaja, lelaki dan perempuan. Bilangan peserta dihadkan kepada 50 sahaja.

Program dijalankan secara indoor dengan pelbagai aktiviti menarik diatur bagi memberikan motivasi yang baik dan sesuai bagi anak-anak ahli.

Yuran yang dikenakan sangat berpatutan bagi satu program yang diadakan seharian termasuk disediakan makan dan minum serta bahan untuk program, iaitu RM20 seorang.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi mana-mana AJK cawangan Bukit Beruntung/Bukit Sentosa. Borang penyertaan boleh didapati dari website ini (sila muatturun). Borang yang telah diisi hendaklah dihantar kepada Sdr Asyraf atau Puan Rokiah selewat-lewatnya 21hb Nov ini. Kami tidak dapat melayan permohonan lewat kerana tempat kosong akan diisi oleh peserta jemputan.